Bisnes Topup Prepaid4u

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Jumaat, 3 Oktober 2014

Apakah kereta pertama anda?

Assalamualaikum,
Saya menulis entry ini selepas melalui beberapa situasi.

Pertama, baru beli kereta (mahal pulak tu, berkenan sebab design cun habis).

Kedua, harga minyak RON95 naik lagi. Setelah itu saya mula berfikir apakah benar keputusan saya beli kereta baru, yakni first hand car. Mungkin OK, dan mungkin tidak. Keputusan di tangan sendiri.

Selepas beberapa ketika muhasabah diri, saya belajar sesuatu yang mungkin boleh menjadi pengajaran dan panduan kepada rakan-rakan saya. Di sini saya kongsikan panduan dan tips dalam pemilihan kereta pertama anda.

Sebelum memilih dan membeli kereta baru, beberapa faktor perlu difikirkan:

1. Apakah keperluan anda beli kereta? Keperluan atau kehendak atau minat?

Fikirkan sama ada kereta yang akan anda beli dapat selesaikan masalah anda. Fungsi kereta mungkin untuk berulang alik tempat kerja atau untuk kegunaan balik kampung. Jika ini betul, pilihlah kereta mampu milik seperti:

  • Secondhand car: proton waja, proton wira, perodua myvi, honda city lama, nissan sentra, dan sebagainya. Jika mahu feeling orang bujang, pilih proton satria. Hehe
  • First hand car: proton persona, proton iriz dan proton saga
Gambar hiasan: Proton Iriz 2014

Jika kehendak yang anda ikut dan menjadikan faktor kewangan bukan penghalang, pilihlah apa yang anda minat. Untuk sporty, kita ada honda civic baru, hyundai elantra baru dan proton suprima. Jika anda minat 4WD, boleh pilih honda CRV, nissan X-Trail, Mitsubishi Triton dan sebagainya. Siapkan duit lah yer..
Gambar hiasan: Mazda CX5

2. Berapakah kemampuan kewangan anda? Topik kewangan ini luas. Saya ringkaskan, fokus kepada keputusan untuk membeli kereta pertama. Listkan kegunaan anda setiap bulan. Ini termasuk simpanan tetap 30%, insurans kereta, dan sebagainya. Jika anda beli kereta secara hutang, pastikan bayaran bulanan tidak menjejaskan kehidupan harian anda.

3. Matlamat anda untuk tempoh 5-9 tahun akan datang. Sebagai contoh, pergi haji atau umrah, pergi bercuti luar negara, persiapan kahwin anda atau adik beradik anda, dan beli rumah. Jika anda ada impian seperti ini, jangan biarkan installment kereta pertama anda mencacatkan usaha anda.

4. Apakah kemampuan anda menjaga kondisi kereta? Ini bergantung di mana tempat tinggal anda. Rumah atau apartment? Parking kereta berbumbung atau tidak. Ini berkaitan kos maintenance kereta anda.

Kesimpulannya, walau apa pun pilihan, pastikan kereta anda beli nanti mempu berkhidmat dan memberi kepuasan kepada anda. Kepuasan daripada segi keupayaan kereta dan kos bulanan yang dilabur untuk kereta anda. Untuk menilai kemampuan diri, sentiasa muhasabah dan selalu melihat orang yang lebih memerlukan dan apa kita boleh bantu mereka. Cakap pada diri sendiri, "i am an excellent money manager".

:)

azulhisyam
photographer
www.goclickphoto.com
azulhisyam@yahoo.com


Khamis, 4 April 2013

Fara & Faiz | Rawang | Feb 2013

Assalamualaikum.. sini ada sikit lagi contoh photobook..






Jumaat, 8 Februari 2013

Majlis perkahwinan Ameer & Nurul



Contoh custom album
Hubungi saya jika berminat

Selasa, 8 Januari 2013

Jurugambar Perkahwinan


Saya masih buka tempahan untuk tahun 2013.. Nyatakan tarikh hari bahagia anda.. Juga menerima tempahan untuk majlis bertunang, dan sebagainya. Nak photoshoot saja2 pun boleh :)

Kini di Bandar Proton, Tanjung Malim, Perak..

Jumaat, 8 Jun 2012

Gambar Perkahwinan (Butterworth, Penang)

Saya membuka ruang untuk sebarang tempahan untuk perkhidmatan fotografi untuk sebarang acara terutama majlis perkahwinan. Saya bergerak aktif di kawasan Utara Malaysia terutama Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang. Rumah kat Kangar, Perlis. Belajar kat USM. Kadar adalah seperti berikut

shoot n burn (Free Pendrive 4GB) - RM300

Additional
sticky album   +RM200
custom album   +RM300

Harga ini tertakluk kepada kehendak pelanggan. Saya sedia untuk menyediakan perkhidmatan terbaik pada harga yang berpatutan untuk pelanggan.

Saya boleh dihubungi di laman FB atau emel saya azulhisyam@yahoo.com
No Tel: 0134142147

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca. Berikut merupakan sedikit contoh yang saya ingin kongsikan. Saya budak baru belajar.. :)





 (tq na mida n fikri.. aku pinjam sket gmbq angpa nih.. keh3)