Bisnes Topup Prepaid4u

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Rabu, 29 Februari 2012

Night View

f13 | 20 sec | ISO 3200

f5.6 | 1.3 sec | ISO 3200

f5.6 | 1/4 sec | ISO 3200

Sabtu, 25 Februari 2012

Bicara Minda bersama Tun Dr Mahathir


wakil Majlis Belia negeri Perlis tidak ketinggalan mengajukan soalan untuk Tun Dr Mahathir

Di majlis berasingan, bertempat di Hotel Marriot, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sempat merasmikan pra pelancaran Malaysia Sports Industry Exhibition. Antara ucapannya berkaitan pemikiran masyarakat yang perlu diubah untuk menjadikan sukan sebagai amalan setiap hari.

Selain itu, kata beliau, tidak mustahil padang bola sepak tiruan akan diguna pakai di Malaysia, seperti mana kita tahu permainan hoki ketika ini tidak lagi dimainkan di padang rumput..


Menteri Belia dan Sukan ditemani Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee


Berikut merupakan petikan daripada akhbar Kosmo!

KUALA LUMPUR, 25 FEB - Slogan 'Malaysia Boleh' yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya mengubah landskap arena sukan negara sehingga memberi keyakinan tinggi kepada para atlet untuk bertanding pada kejohanan antarabangsa.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganggap slogan berkenaan merupakan ciptaan terulung yang mengikis pandangan dan persepsi orang luar bahawa Malaysia adalah negara kampung.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kejayaan demi kejayaan yang diperoleh atlet negara berpunca daripada semangat dan iltizam tinggi yang ditanam kepada mereka supaya lebih bermotivasi dan tampil tanpa rasa gementar.

Menyifatkan Dr. Mahathir, 86, sebagai bapa kepada penciptaan semula Malaysia, ujarnya, negarawan ulung tersebut berjaya melakukan transformasi besar dalam pelbagai aspek ekonomi, budaya dan sosial sehingga dihormati oleh negara asing.

"Laungan keramat 'Malaysia Boleh' menyuntik keyakinan kepada semua rakyat termasuk para atlet yang tampil dengan prestasi yang membanggakan. Indonesia sendiri meniru slogan ini.

"Perjuangan yang dibawa oleh Dr. Mahathir harus diteruskan oleh generasi belia hari ini sebagai usaha mengekalkan dan menambah momentum pembangunan negara," katanya ketika berucap pada program Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

***

Sambil berprogram, ada jugak hasil untuk kali ni.. Canon 550D, Lens 50mm F1.8..



Abg Hafiz (tengah), ketua rombongan kami dari Pulau Pinang



Negeri Perlis !

Ahad, 19 Februari 2012

Rabu, 8 Februari 2012

Intech Business on Wheel UniMAP

KANGAR, 8 Feb- Raja Muda Perlis, D.Y.T.M. Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail hari ini berkenan merasmikan Pusat Pengajian Inovasi dan Teknousahawan dan pelancaran Business on Wheel UniMAP di sini.

Hadir sama, Raja Puan Muda Perlis, D.Y.T.M. Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Dato' Akashah Khalil, Naib Canselor Unimap, Brigedier Jeneral Dato' Profesor Dr. Kamarudin Hussin, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Profesor Dr Zul Azhar Zahid Jamal, dan beberapa kenamaan lain lagi.

Antara produk yang diperkenal ialah UniMAP Technokitchen, Ayamazz Rotiimpit, dan Nasi Lemak Galaxy. Produk yang diperkenal membawa konsep perniagaan bergerak atau Intech Business on Wheel (iBOW).

Produk ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana tidak memerlukan lot rumah kedai untuk memasarkan produk. Sebaliknya peniaga hanya menggunakan lori kecil atau motosikal sebagai medium. Modal yang kecil juga merupakan kelebihan pada individu yang ingin memulakan perniagaan ini.

Berikut beberapa keping gambar yang sempat dirakam:








Selasa, 7 Februari 2012

Adam Shah

Hari ni model nama Adam Shah. umur kalau xsalah 2 tahun 9 hari. Dia anak sedara aku yang sulung sekali. Tempat kat Taman Jaya Diri, Kangar, Perlis..

















Last-last hero kalah pulak. nangeh dia sebab terjatuh. Apapun Adam Shah dah bagi kerjasama yang baik di depan kamera Canon 550D. Tenkiu..