Bisnes Topup Prepaid4u

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Rabu, 8 Februari 2012

Intech Business on Wheel UniMAP

KANGAR, 8 Feb- Raja Muda Perlis, D.Y.T.M. Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail hari ini berkenan merasmikan Pusat Pengajian Inovasi dan Teknousahawan dan pelancaran Business on Wheel UniMAP di sini.

Hadir sama, Raja Puan Muda Perlis, D.Y.T.M. Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Dato' Akashah Khalil, Naib Canselor Unimap, Brigedier Jeneral Dato' Profesor Dr. Kamarudin Hussin, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Profesor Dr Zul Azhar Zahid Jamal, dan beberapa kenamaan lain lagi.

Antara produk yang diperkenal ialah UniMAP Technokitchen, Ayamazz Rotiimpit, dan Nasi Lemak Galaxy. Produk yang diperkenal membawa konsep perniagaan bergerak atau Intech Business on Wheel (iBOW).

Produk ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana tidak memerlukan lot rumah kedai untuk memasarkan produk. Sebaliknya peniaga hanya menggunakan lori kecil atau motosikal sebagai medium. Modal yang kecil juga merupakan kelebihan pada individu yang ingin memulakan perniagaan ini.

Berikut beberapa keping gambar yang sempat dirakam:








Tiada ulasan: