Bisnes Topup Prepaid4u

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Isnin, 20 Oktober 2014

Antara Impian dan Angan-angan

"hidup tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran"

Ramai yang tahu frasa ni tapi jarang pula dihuraikan pada suatu contoh yang lebih spesifik. Selalunya hanya disebut untuk budak-budak sekolah yang dekat-dekat nak exam.

Hakikatnya, maksudnya lebih penting daripada peperiksaan di sekolah. Banyak keputusan lain yang lebih penting yang perlu dilakukan dalam hidup ini.



Jika impian kita tidak jelas, maka kita sebenarnya mendedahkan diri untuk dipengaruhi oleh pihak berkepentingan tertentu. Hal ini berlaku jika pihak yang mempengaruhi bercerita keuntungan yang tinggi menggunung. Akibatnya, kita mula yakin pada suatu yang sebenarnya tidak mampu kita capai. Seterusnya kita bakal tersalah pilihan jika tidak berhati-hati.

Sebagai contoh, kita nak beli kereta adalah untuk kemudahakan bergerak. Dalam masa yang sama rakan kita menghasut untuk membeli kereta sport dan mahal. Padahal kita boleh beli kereta yang lebih murah. Jika impian tak jelas, adakah kita akan terbuka hati untuk memiliki kereta sport dan mahal?

Itu cuma contoh. Banyak lagi situasi penting yang lain. Namun konsepnya adalah sama. Impian kita perlu jelas dan jitu. Ini membentuk jati diri dan mengelakkan kita terpengaruh kepada perkara yang merugikan.

Tak hairan cikgu sekolah dulu awal-awal dah suruh murid tulis impian hidup. Cuma maksud tersirat yang tak disematkan dalam jiwa.

Azulhisyam
Wedding Photographer
www.goclickphoto.com

Tiada ulasan: